PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 7, BLOK J,
PUSAT BANDAR DAMANSARA,
50604 , KUALA LUMPUR
|
Telefon:03-20983120
Fax:03-20935150
Laman Web:http:// www.moe.gov.my |
KP(BS)8591/Jld.XV11( 3 )
1 Mac 2004
Semua
Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg.Datuk/Dato’/Tuan
SURAT PEKELILING IKHTISAS
BIL 3/2004
MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Surat
Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan tentang usaha-usaha memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah
di sekolah.
2. Kita sedia maklum bahawa sekolah merupakan
institusi penting dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan
Malaysia sentiasa peka dan mengambil tanggungjawab dalam merancang dan menjayakannya.
Dalam usaha memperkasakan Pendidikan Penceahan Dadah, sekolah-sekolah hendaklah merancang dan melaksanakannya melalui
empat strategi utama. Strategi yang dimaksudkan ialah melalui pengurusan dan
kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
3. Bagi menjayakan program/aktiviti Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah , kompenan pengurusan berikut hendaklah dijalankan
:
a. Menubuhkan Jawatankuasa Induk
PPDa di peringkat negeri,
bahagian/daerah
dan sekolah.
b. Menubuhkan Jawatankuasa
Pelaksana PPDa di peringkat sekolah
c. Menyenaraikan peranan/tugas
Jawatankuasa Pelaksana PPDa
d. Merancang dan melaksanakan
program/aktiviti PPDa di sekolah
e. Membuat pemantauan
dan penilaian
f. Menyediakan laporan
4. Matlamat program PPDa di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru-guru, kakitangan
pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah. Pihak sekolah hendaklah meletakkan
sasaran ”Sekolah Bebas dadah Tahun 2012” dalam melaksanakan program
PPDa di sekolah.
5. Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan dadah
Di Sekolah yang di bekalkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah dijadikan panduan dalam pengurusan program/aktiviti PPDa di sekolah.
6. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling
ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua-Pengetua dan Guru-Guru Besar
di bawah pentadbiran Y.Bhg.Datuk/Dato’/Tuan.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. 1.
Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri
Pendidikan Malaysia.
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsudin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hoo Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd.Khir
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6.
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.
7.
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan
8.
Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9.
Ketua Jemaah Nazir sekolah. Kementerian Pendidikan
10. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan