Make your own free website on Tripod.com

UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH JPN KEDAH

Mengenai kami

Home | Mengenai kami | Academics | Programs | Activities | Links | Contact Us

 

UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 

 

  1. TAJUK

 

            Strategi dan Plan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2007 Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman.

 

 

  1. TUJUAN

     

Plan ini ialah sebagai garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) bagi tahun 2006 kegunaan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Negeri  Kedah Darul Aman.

 

 

  1. PERNYATAAN MASALAH

 

3.1             Ancaman Dadah Masa Kini

 

                        Sejak tahun 1983, dadah diistiharkan sebagai musuh nombor satu negara  dan menjadi masalah sosial yang mengancam      keselamatan negara.

 Statistik penagih dadah oleh Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan                     (  NADI) menunjukkan lebih 1% daripada penduduk negara ini telah                       dikesan terlibat dengan dadahPenagihan dadah bukan saja melibatkan                      golongan dewasa tetapi golongan pelajar sekolah juga telah mula terlibat.                      Masalah penagihan dadah menjadi lebih rumit kerana kadar penagihan

                        semula (relapse) yang tinggi iaitu 75% sementara bekalan dadah semakin                     sukar dikawal kerana kemunculan dadah jenis sintetik       yang diproses                     daripada bahan-bahan kimia.

 

 3.2             Penglibatan Pelajar Sekolah Dengan Dadah

 Pelajar sekolah turut dikesan terlibat dalam permasalahan dadah. Mereka mudah terpengaruh dengan dadah kerana hidup dalam persekitaran yang berisiko tinggi. Berdasarkan rekod dari tahun 2000 hingga 2004, seramai   77 orang  pelajar terlibat di Negeri Kedah Darul Aman dan 1,811 orang pelajar  sekolah di seluruh Malaysia yang telah di kesan  terlibat mencuba dadah. Jumlah tersebut amatlah kecil jika dibandingkan dengan jumlah 240,000 keseluruhan pelajar tetapi keadaan tersebut perlu dianggap sebagai cabaran besar dalam mewujudkan             Sekolah Bebas Dadah 2012.

 

 3.3       Program dan aktiviti yang dilaksanakan tidak menyeluruh dan melibatkan ramai pelajar sekolah. Keadaan ini disebabkan faktor berikut;

            3.3.1       Tiada peruntukan kewangan yang khusus untuk aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah.3.3.2       Tiada peruntukan kewangan yang dikhaskan untuk latihan guru Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah.3.3.3       Kekurangan pegawai yang berkemahiran bagi menjalankan aktiviti, pengurusan dan pelaksanaan program Pendidikan Pencegahan Dadah.

3.3.4       Kesedaran dan penerimaan yang rendah pihak pengurusan dan pentadbir sekolah terhadap program Pendidikan Pencegahan Dadah menjadikan program Pendidikan Pencegahan Dadah terpinggir dari perancangan utama sekolah.

 3.4             Program PPDa sedia ada perlu dikaji semula dari segi kesesuaian dengan keperluan semasa dan keberkesanannya. Strategi yang baru perlu difkirkan bagi memastikan program PPDa dapat dilaksanakan dengan sistematik, meluas, berterusan dan berkesan.

 

3.5             Tanggung jawab dalam pencegahan dadah dikalangan pelajar sekolah perlu dipikul bersama oleh semua pihak termasuk masyarakat luar sekolah. Ini kerana faktor pendorong pelajar sekolah terlibat dadah tidak dapat dikawal oleh pihak sekolah secara bersendirian. Permuafakatan antara semua pihak terutamanya ibu bapa perlu dipertingkatkan dalam usaha pencegahan dadah.

 

     4.    RASIONAL

 

4.1             Pencegahan dadah dikalangan pelajar sekolah mempunyai hubungan rapat dengan usaha untuk meningkatkan lagi standard dan kualiti pendidikan. Jika ada pelajar terlibat dengan dadah, sudah pasti mereka tidak akan mendapat manfaat daripada system pendidikan berkualiti yang bertaraf tinggi yang disediakan dan akhirnya menjejaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang maju dan sejahtera.

 

4.2             Perancangan jangka panjang dalam pendidikan pencegahan dadah dikalangan pelajar sekolah perlu diteruskan sehingga matlamat akhir untuk melahirkan pelajar dan sekolah bebas dadah dapat dicapai.                                                                                                                                                                                                          

 

 

 

 

 

 

 

      5.     VISI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

 

         1997   -           Semua guru mempunyai pengetahuan tentang dadah.

         1998   -           Pendidikan pencegahan dadah melalui KBSR (PINTAR) danKBSM

         1999   -           Program pendidikan pencegahan dadah di tadika (prasekolah).

         2000   -           Semua guru mempunyai kemahiran untuk mengendali pelajar yang bermasalah.

         2002   -           Pendidkan pencegahan dadah melalui KBSR telah dimantap.

         2007   -           Pendidikan pencegahan dadah melalui KBSM telah dimantap.

         2010   -           Pendidikan pencegahan dadah di Institusi Pengajian Tinggi telah mantap.

         2012   -           Sekolah Bebas Daripada Dadah.

 

6.     MISI

 

        Melahirkan Pelajar dan Sekolah Bebas Daripada Dadah Pada Tahun  2012.

 

7.       MATLAMAT

 

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi     pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan sama-sama berusaha menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah 2012”.

 

8.       OBJEKTIF

 

8.1       Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada pelajar, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakan diri daripada terjebak dengan dadah.

 

8.2       Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dikalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.

 

8.3       Membolehkan pelajar membentuk budaya dan tingkahlaku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.

 

8.4       Melibat dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

 

8.5       Menyediakan alternative-alternatif yang berfaedah supaya menyekat murid-murid dari terlibat dengan dadah.

 

 

9.       KUMPULAN SASARAN

 

9.1       Pelajar

9.2       Guru

9.3       Pegawai dan kakitangan bukan guru

9.4       Ibu bapa / Waris Pelajar

 

10.   STRATEGI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

 

 

10.1      Pencegahan

                       

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan melindungi pelajar daripada terlibat dengan dadah. Pelajar perlu diberi pengetahuan, kesedaran dan kemahiran yang boleh mencegahnya daripadapengaruh dadah. Strategi pencegahan juga memberi penekanan kepada usaha membina kekuatan diri yang mencegah pelajar terlibat dengan dadah walaupun bekalan          pelbagai jenis dadah sukar dihapuskan.

                       

10.2      Bimbingan dan Pemulihan

 

                        Strategi ini memberi perhatian kepada pelajar yang mempunyai masalah, 

                      berada dalam keadaan berisiko dan dikesan baru mencuba dadah atau

                      inhalan. Pelajar dalam kategori ini perlu melalui proses kaunseling,

                      bimbingan dan pemantauan yang berterusan supaya tidak mengalami

                      ketagihan terhadap dadah. Terapi psikologi seperti rundingcara dan

                      bimbingan secara berterusan akan dapat mencegah tabiat ketagihan

                      dadah dan menggalakkan proses sosialisasi pelajar terlibat di sekolah.

 

 

 

 

 

 

10.3      Pembangunan Dan Kemajuan Sumber Tenaga Manusia

 

Keberkesanan strategi pendidikan pencegahan dadah di peringkat    negeri, daerah dan sekolah berkait rapat dengan adanya sumber tenaga manusia yang cukup dan terlatih. Perhatian utama perlu diberikan untuk menyediakan sekumpulan besar sumber tenaga manusia yang terlatih dalam pengetahuan yang praktis, kemahiran kerja dan rangkaiannya. Latihan lanjutan dalam pelbagai disiplin adalah perlu dalam menentukan keberkesanan kos perkembangan dan kemajuan tenaga manusia,

 

 

 

            10.4    Penerbitan Dan Dokumentasi

 

Penerbitan dan dokumentasi amat penting dalam usaha untuk menyebarkan maklumat, pengetahuan, kefahaman dan kemahiran kepada pelajar, guru dan ibu bapa. Penerbitan seperti video, bulletin, pamplet, risalah dan buku panduan akan dapat menyebarkan segala maklumat tentang ancaman dadah.

Selain dari penerbitan, Pusat Sumber dan bilik pameran pendidikan pencegahan dadah perlu diwujudkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.

 

10.5    Penyelidikan Dan Penilaian

 

                        Penyelidikan dan penilaian akan menjadi pemangkin kepada pemantapan

                      dan keberkesanan strategi Program Pendidikan Pencegahan Dadah.

                      Kajian  epdemiologikal atau perkembangan masalah dadah semasa akan

                      menghasilkan rumusan terbaik kearah modifikasi strategi bagi mencapai

                      sasaran yang          ditetapkan. Sementara penilaian keberkesanan

                      program perlu dilakukan bagi setiap program yang dilaksanakan ke arah

                      penambahbaikan program sedia ada.

 

10.6         Pengurusan Dan Pelaksanaan

 

Program Pendidikan Pencegahan Dadah memerlukan kerjasama yang bersepadu dengan penglibatan pelbagai pihak iaitu pentadbiran sekolah, agensi dan pertubuhan. Usaha-usaha penyelarasan perlu dipertingkatkan di semua peringkat pelaksanaan program supaya aktiviti yang dilaksanakan dapat mencapai objektif yang ditetapkan.

 

 

           

11.     PENDEKATAN BAGI PELAKSANAAN STRAEGI PPDa

 

 

11.1      Pengurusan dan Kepimpinan

 

11.1.1         Penubuhan Jawatankuasa PPDa di semua peringkat.

11.1.2         Pentakwiman PPDa dalam organisasi

11.1.3         Program perkembangan staf

11.1.4         Program Gerak Sedar Bersepadu (PROGRES)

11.1.5         Program Minggu / Hari PPDa

11.1.6         Program Ujian Urin

11.1.7         Penyelidikan PPDa

 

 

 

 

 

11.2      Kurikulum

 

11.2.1         Program Mesej Pencegahan Dadah

11.2.2         Program PPDa Dalam KBSM       

11.2.3         Program PINTAR

11.2.4         Program Ceramah PPDa

11.2.5         Program Pameran dan Lawatan PPDa

 

 

11.3      Ko-Kurikulum

 

11.3.1         Program Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)

11.3.2         Program Jambori SLAD

11.3.3         Program Pertandingan Seni PPDa

11.3.4         Program Sahabat PEMADAM

 

 

11.4      Pembangunan Sahsiah Pendidikan Pencegahan Dadah

 

11.4.1         Program Kemahiran Personal dan Interpersonal

11.4.2         Program Kaunseling PPDa

11.4.3         Program Intervensi Pelajar

11.4.4         Program Kolokium Kepimpinan PPDa

11.4.5         Program Waja Diri PPDa

11.4.6         Program  Seminar PPDa Untuk Pelajar

11.4.7         Program Seminar PPDa Untuk Ibu Bapa (PIBG)

 

 

 

12         PRINSIP DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI  PPDa

 

                        Bebebapa prinsip dijadikan sebagai panduan dalam melaksanakan aktiviti

                      PPDa:

 

12.1         Menyediakan peluang dan kemudahan untuk pelajar.

 

12.2         Mewujudkan iklim, budaya dan persekitaran yang kondusif.

 

12.3         Melaksanakan program/aktiviti mengikut landasan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

12.4         Mempelbagaikan program/aktiviti mengikut keperluan pelanggan:

 

12.4.1  Penyertaan seramai mungkin.

12.4.2  Penyertaan ke tahap cemerlang.

12.4.3  Peragaan aktiviti murid

There are several topics that could be discussed on this page of our web site. We may provide the history of the school and discuss how we have developed into one of the leading educational institutions. Another area of interest is our philosophy and mission for the education of children.

Our Staff

We have an experienced and dedicated group of teachers and administrators. Each teacher strives to create a supportive and challenging classroom atmosphere to encourage students to participate. We may introduce a teacher on this page, or have a teacher of the month feature like the one below.

Teacher of the Month

A mature woman; Size=130 pixels wide

This month's featured teacher is Mindy Cohen. Mindy has taught at our school for over twenty years. While she enjoys teaching all ages of students, she is currently the teacher of our fourth graders. Mindy is married with two children of her own.

Our School * Any Street * Anytown * US * 01234

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah JPN Kedah